LATIHAN 2
Arahan : Berdasarkan pantun di bawah, senaraikan sebanyak mungkin nilai murni yang terdapat di dalam
pantun tersebut:
Anak merak mati tersangkut,
Mati di panah Seri Rama,
Resam di dunia jangan disebut,
Manusia mati meninggalkan nama.
Pulau Pandan Jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik di kenag juga.
Pisang Emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Anak ikan berlima - lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
Pesanan : Sila hantar tugasan tersebut pada 12.1.2013